Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan

Kami menguruskan pinjaman perumahan kepada kakitangan kerajaan yang bekerja di Kementerian Kerajaan, Jabatan-jabatan Kerajaan, Lembaga, Majlis Perbandaraan, Universiti, Yayasan, Hospital, badan berkanun, Government Linked Company (GLC) dan lain-lain.
Impian setiap orang di dunia ini untuk memiliki rumah sendiri dan bagi kakitangan kerajaan, anda sangat bertuah kerana pinjaman perumahan bagi kakitangan kerajaan adalah pinjaman yang mempunyai faedah (interest) paling rendah sehingga kini dan boleh lulus sehingga 100% pinjaman.

Menurut sumber Berita Harian, kira-kira 960,000 atau 60% daripada 1.7 juta penjawat awam masih tidak memiliki rumah. Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda menambah, daripada jumlah itu, sebanyak 75% daripada golongan tersebut berumur 40 tahun dan ke bawah.

Dengan ketidakstabilan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat, hal ini sangat membimbangkan negara. Tambahan, harga hartanah semakin meningkat walaupun keadaan ekonomi dan lonjakan nilai ringgit yang tidak menentu sekaligus membataskan pemilikan rumah.

Bermula 1hb Januari 2017, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah mengumumkan kelayakan pinjaman perumahan kerajaan agar lebih relevan kepada harga tanah semasa.

Berikut adalah carta kelayakan pinjaman perumahan:
*Elaun Tetap yang diambil kira adalah: 
  • Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)/ Elaun Perumahan Wilayah(EPW); 
  • ​Imbuhan Tetap Khidmat Awam(ITKA)/ Imbuhan Tetap Keraian(ITK); 
  • Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Khas (ITJU) 
Sumber : Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Antara alasan pinjaman peribadi sukar mendapat kelulusan: 
  • Komitmen pinjaman sediada sudah tinggi. (High Commitment) 
  • Peratus had kelayakan pinjaman telah melebihi had gaji. 
  • Masalah birokasi majikan. 
  • Masalah birokasi institusi kewangan atau bank.

Jenis-jenis pinjaman yang ditawarkan:
  1. Membeli rumah atau petak rumah yang telah siap (subsale). 
  2. Membina rumah di atas tanah sendiri. 
  3. Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan. 
  4. Membeli tanah dengan tujuan membina rumah. 
  5. Menyelesaikan hutang pinjaman bank/institusi kewangan. 
  6. Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan. 
  7. Membuat kerja ubahsuai rumah.
Syarat utama pinjaman perumahan: 
  • Warganegara Malaysia dan kakitangan kerajaan berjawatan tetap. 
  • Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan. 
  • Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun dan telah disahkan jawatan. 
  • Bukan seorang bankrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib. 
  • Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam. 
  • Pinjaman bersama suami/isteri, Pinjaman ambil alih antara suami/isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan. 
Dokumen yang diperlukan:
  1. Salinan Kad Pengenalan. 
  2. Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini. 
  3. Salinan Surat Pengesahan Perkhidmatan. 
  4. Salinan Surat Pengesahan Kemasukan Dalam Jawatan Berpencen. 
  5. Laporan CCRIS & CTOS
Carta aliran permohonan boleh di rujuk kepada link ini. 

Keistimewaan kami dalam menguruskan pinjaman perumahan: 
  • Proses kelulusan yang cepat (3-4 bulan). 
  • Memberi advise pada pemohon yang anggap tiada kelayakan untuk memohon pinjaman perumahan. 
  • Boleh menjimatkan kos dalam membina rumah atau mengubahsuai rumah. 
  • Berpengalaman dalam urusan jual beli rumah penjawat awam. 

Sekiranya berminat untuk memohon pinjaman ini, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. (klik sini)